Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

Telepon bijak

Ada tak sesiapa yang sudi memberikan present smartphone kat aku sempena besday yang belated ni??? Sangat la happy senyum sampai telinga kalau dapat hadiah yang smart2 kan. Silap2 orang kata aku kerang busuk kalau dah ghupe sengeh cam gitu.

Kenapa aku nak sangat smartphone ni??? Dah tentu nak gantikan telepon merah yang sedeh...
Sungguh, telepon aku dihina. Ceh, malu saya dibuatnya.


Sony Ericsson W660
(sangat sedeh, tapi mampu bermobile web ok)





Smartphones apa yg 'in' sekarang ni??? Jom survey



Sony Ericsson Xperia X10 (versi mini)
                                                    


Sony Ericsson Xperia X8  (sucinya kaler putih ni)




Samsung Galaxy S




Samsung Galaxy Tab
(aiyoo.... macam ni punya gabak mampu ke nak bawak ke hulu hilir? Memang tak laaa...)





Iphone
(ramai yang pakai gadget ni. So x perlu risau bila kehabisan bateri & terlupa bawak charger, pinjam sajo...) 


Untuk itu, akan lebih rajin berdamping dengan phone pada masa akan datang. Buat apa ada smartphone kalau lembap nak jawab calls asyik tinggal phone kat laci meja je kan (ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan) heh.

Santai dengan Fahrin

Jangan sentap sapa2 yang minat Fahrin Ahmad, si hero Malaya. I dapat bersantai dengan dia.... (Ada sapa2 yang heran ke???)

Oh ye, kejadian hari Sabtu lepas. Haruslah duduk meja bersebelahan kan. Fahrin bersantai dengan Adi Putra (hero Malaya jugak). Aku bersantai dengan member2.

Ramai jugak peminat2 (dan waiters waitresses kedai) yang bergambar dengan diorang ni. Aktor bukan suam2 kuku, mesti lah ramai peminat kan. Dialog kami di meja sebelah *secara berbisik takut 2 aktor Malaya terdengar, mimik muka macam makcik2 mengumpat saje*

Member : Ko tak nak ambik gambar dengan Fahrin ke?

Aku       : Perlu ke?  *sambil buat muka kemik*

Sememangnya tak perlu sebab aku bukan peminat tegar si Fahrin Ahmad, hero Malaya tu
(statement apakah ini???)

DIA sangat mengujakan

Gedik semacam je post ni. Kalau korang terkinja2 atau tergedik2 selepas baca post ni, aku x jamin.

Siapakah yang sangat mengujakan ini??? Aku pon tak kenal.... Motif????

K, citer slowly2. Aku bersama2 siblings (adik-beradik officemates) makan breakfast merangkap lunch sambil tengok telebesen di sebuah kedai makan. Program on air time tu, rancangan masak2. Selalunya aku tak heran pon rancangan tv macam ni. Tapi bola mata macam dah kena paku kat skrin tv. Host program masak2 sangatlah 'can do' (siblings kata cam gitu) and he COOKS!!! Sakit leher dan terteleng2 sebab aku duduk membelakangkan tv (kau ni dah kenapa Junn? Coverlah sikit).

Bab ini memang x boleh cover. Sememangnya lelaki yang terer masak sangat mengujakan aku heheheee...

Nota : Chef Wan & Jamie Oliver juga boleh jadi mengujakan bila tidak berkata2..... boleh????

Aku kembali rajin

Baru sekarang nak mengupdate blog selepas lebih 2 bulan. Motif??? Semangat tahun 2011 & usia baru kot.. Blog aku pon sedeh je rupanya. Nasiblah tuan badan buta IT. Kalau nak tengok globe berpusing2 atau pun kucing gatal menari2 kat sini memang tak ada lah. Nak letak satu widget pon sangat terkial2. Sedeh!!! Sapa2 yang terer, sudilah bantu aku yang buta tak celik IT ni.

Hari Sabtu & Ahad sepanjang 2 bulan pertama tahun 2011 melekat saja di rumah. Suka banget mak aku. Boleh lah dia heret2 aku ke pasar. Seronok jugak menghabiskan masa berjam2 kat pasar ni, lagi2 pergi pasar karat Shah Alam. Tawaf pasar sampai selipar haus & ketiak basah kuyup. Aku pon dah terer boleh mengenalpasti beberapa jenis ikan. (Sedeh la hidup ko ni Junn....)

Sunday, December 12, 2010

YES!!!!

YES sana, YES sini, YES sinun. YES YES YES!!!!!

Ada apa dengan YES? YEAR END SALE..... Ini yang ditunggu-tunggu ramai terutama shopaholics setiap tahun. Potongan harga sehingga 70%, 80% memang boleh bikin sawan. Boleh meroyan kalau tak berjaya mendapatkan barang yang diimpikan dengan potongan harga yang menjunam ni.

Bagi golongan non shopaholic seperti aku (eh, ye ke???), kehadiran YES belum memberikan impak maksima kepadaku. Sekadar meninjau-ninjau barang yang mungkin diperlukan saja. Siap ada list bagai item yang MUNGKIN dibeli:

List:
1.  Boots; untuk menggantikan boots Jack Sparrow yang dah usang (I tried pair last week, sungguh selesa.... mungkin akan kembali ke outlet tersebut untuk membelinya. Harap ada stok lagi)
2.  Watch; bosan asyik mengenakan jam tangan besar gabak ESPRIT yang outdated bertahun2. Lagipun, banyak branded watches dengan model-model baru tengah sale sekarang ni. Rugi kalau tak beli.
3.  Perfume; I like perfumes. Banyak perfume gift sets for Xmas untuk diintai-intai. Dalam kepala dah set untuk dapatkan Gucci Flora. Tapi DKNY Fresh Blossom masih banyak berbaki. Tak elok membazir, lagipun bukan satu keperluan, jadi abaikan. But I really want....
4.  Bag / handbag; I need new one. Yang sediada dah nampak kusam.

Empat je??? YES!!! saya mesti pilih. Apa pun, jangan disebabkan YES di hujung bulan menjamah roti sudeh.

Friday, November 26, 2010

Rumah bertingkat-tingkat, harga meningkat-ningkat

Logik ke harga apartment lebih RM 300 ribu??? Lokasi.... dah tentu di pusat bandar. Dengan harga macam tu dah boleh bina banglo sebiji kat kampung. Rumah banglo pulak kalau harga tak cecah juta2 memang tak sah. Developer pun macam sedap je tenyeh harga rumah teres. Dengan lokasi yang dekat dengan public facilities, tambah lagi design rumah yang moden & urban segala, senang2 je harga rumah teres boleh melambung sampai 1/2 juta hengget.

Paparan gambar2 menarik kat pamplet pastinya tarikan untuk bakal2 pembeli. "Kediaman mewah pada harga mampu milik" (statement itu sangat tempting ye). Tapi pada aku yang jatuh pada kategori tak mewah, mampu ke nak memilki rumah sebegitu???

Kenapalah aku tak terpikir nak beli rumah 10 tahun lepas??? Haih.... baru nak menyesal ke??? Macam tak logik je... (10 tahun lepas dah tentu aku masih lagi terkial2 buat kiraan differential & integration yang memerlukan jawapan sampai 5 helai muka surat serta mencongak moment & beban di hujung struktur). Mana nak fikir pasal beli rumah. Ok, make the figure sense. Kenapalah aku tak terpikir nak beli rumah 5 tahun lepas??? Wah, sangat berfikiran jauh ye, kalau aku berfikiran sedemikian waktu tu. Tak de la nak pikir2 dan serabut kepala memikiorkan harga rumah yg mencanak2 naik sekarang ni.

Sudah la junn.... kalau kau terus merungut pasal harga rumah mahal dan terus melambung naik, sampai tua tak merasa duduk rumah sendiri. So, start browsing rumah2 mampu milik di luar pusat bandar atau di ceruk2 kampung. Itu yang kau mampu kan.

Wednesday, November 24, 2010

Semakin hari semakin......

Sila sambung ayat di atas. Mesti banyak jawapan kan. Semakin hari semakin gemoks, semakin hari semakin poyos, semakin hari semakin masyuukkk, semakin hari semakin lewat masuk ofis, semakin hari semakin gabas. Tak pun, semakin hari semakin sayang (eh, macam tajuk lagu pulak)

Bagi aku semakin hari semakin LUPA. Faktor apakah terjadinya penyakit itew??? Mesti nak cakap faktor usia kan. Haaa.... ngerinya mengenangkan usia baru tahun depan. Whatever..... usia sekadar angka (ayat penyedap hati sendiri).

Tahap kelupaan masih terkawal lagi, walaupun kadang terlupa public holiday; dan konfiden je nak pegi ofis di hari cuti. Apa pun, asalkan aku masih BELUM lupa nak pakai dalaman2 ke ofis, kira ok lagi la tu kan.

Penyakit lupa ni bukan aku sorang je yang alami sebab beberapa orang officemates aku pun pelupa jugak. Diorang lupa makan ubat di pagi hari agaknya, tu pasal beperangai pelik sepanjang hari (eh, apsal lari topik nih???)

Mana la aku letak spek rabun jauh? Nak tengok tv ni. Terpaksa tengok tv dalam keadaan blur2 kabur. Muka Halimah Jongang pun dah lebey kurang ngan Erra Fazira je. Haih......