Search This Blog

Tuesday, February 8, 2011

Telepon bijak

Ada tak sesiapa yang sudi memberikan present smartphone kat aku sempena besday yang belated ni??? Sangat la happy senyum sampai telinga kalau dapat hadiah yang smart2 kan. Silap2 orang kata aku kerang busuk kalau dah ghupe sengeh cam gitu.

Kenapa aku nak sangat smartphone ni??? Dah tentu nak gantikan telepon merah yang sedeh...
Sungguh, telepon aku dihina. Ceh, malu saya dibuatnya.


Sony Ericsson W660
(sangat sedeh, tapi mampu bermobile web ok)





Smartphones apa yg 'in' sekarang ni??? Jom survey



Sony Ericsson Xperia X10 (versi mini)
                                                    


Sony Ericsson Xperia X8  (sucinya kaler putih ni)




Samsung Galaxy S




Samsung Galaxy Tab
(aiyoo.... macam ni punya gabak mampu ke nak bawak ke hulu hilir? Memang tak laaa...)





Iphone
(ramai yang pakai gadget ni. So x perlu risau bila kehabisan bateri & terlupa bawak charger, pinjam sajo...) 


Untuk itu, akan lebih rajin berdamping dengan phone pada masa akan datang. Buat apa ada smartphone kalau lembap nak jawab calls asyik tinggal phone kat laci meja je kan (ditujukan kepada sesiapa yang berkenaan) heh.

Santai dengan Fahrin

Jangan sentap sapa2 yang minat Fahrin Ahmad, si hero Malaya. I dapat bersantai dengan dia.... (Ada sapa2 yang heran ke???)

Oh ye, kejadian hari Sabtu lepas. Haruslah duduk meja bersebelahan kan. Fahrin bersantai dengan Adi Putra (hero Malaya jugak). Aku bersantai dengan member2.

Ramai jugak peminat2 (dan waiters waitresses kedai) yang bergambar dengan diorang ni. Aktor bukan suam2 kuku, mesti lah ramai peminat kan. Dialog kami di meja sebelah *secara berbisik takut 2 aktor Malaya terdengar, mimik muka macam makcik2 mengumpat saje*

Member : Ko tak nak ambik gambar dengan Fahrin ke?

Aku       : Perlu ke?  *sambil buat muka kemik*

Sememangnya tak perlu sebab aku bukan peminat tegar si Fahrin Ahmad, hero Malaya tu
(statement apakah ini???)

DIA sangat mengujakan

Gedik semacam je post ni. Kalau korang terkinja2 atau tergedik2 selepas baca post ni, aku x jamin.

Siapakah yang sangat mengujakan ini??? Aku pon tak kenal.... Motif????

K, citer slowly2. Aku bersama2 siblings (adik-beradik officemates) makan breakfast merangkap lunch sambil tengok telebesen di sebuah kedai makan. Program on air time tu, rancangan masak2. Selalunya aku tak heran pon rancangan tv macam ni. Tapi bola mata macam dah kena paku kat skrin tv. Host program masak2 sangatlah 'can do' (siblings kata cam gitu) and he COOKS!!! Sakit leher dan terteleng2 sebab aku duduk membelakangkan tv (kau ni dah kenapa Junn? Coverlah sikit).

Bab ini memang x boleh cover. Sememangnya lelaki yang terer masak sangat mengujakan aku heheheee...

Nota : Chef Wan & Jamie Oliver juga boleh jadi mengujakan bila tidak berkata2..... boleh????

Aku kembali rajin

Baru sekarang nak mengupdate blog selepas lebih 2 bulan. Motif??? Semangat tahun 2011 & usia baru kot.. Blog aku pon sedeh je rupanya. Nasiblah tuan badan buta IT. Kalau nak tengok globe berpusing2 atau pun kucing gatal menari2 kat sini memang tak ada lah. Nak letak satu widget pon sangat terkial2. Sedeh!!! Sapa2 yang terer, sudilah bantu aku yang buta tak celik IT ni.

Hari Sabtu & Ahad sepanjang 2 bulan pertama tahun 2011 melekat saja di rumah. Suka banget mak aku. Boleh lah dia heret2 aku ke pasar. Seronok jugak menghabiskan masa berjam2 kat pasar ni, lagi2 pergi pasar karat Shah Alam. Tawaf pasar sampai selipar haus & ketiak basah kuyup. Aku pon dah terer boleh mengenalpasti beberapa jenis ikan. (Sedeh la hidup ko ni Junn....)