Search This Blog

Friday, November 26, 2010

Rumah bertingkat-tingkat, harga meningkat-ningkat

Logik ke harga apartment lebih RM 300 ribu??? Lokasi.... dah tentu di pusat bandar. Dengan harga macam tu dah boleh bina banglo sebiji kat kampung. Rumah banglo pulak kalau harga tak cecah juta2 memang tak sah. Developer pun macam sedap je tenyeh harga rumah teres. Dengan lokasi yang dekat dengan public facilities, tambah lagi design rumah yang moden & urban segala, senang2 je harga rumah teres boleh melambung sampai 1/2 juta hengget.

Paparan gambar2 menarik kat pamplet pastinya tarikan untuk bakal2 pembeli. "Kediaman mewah pada harga mampu milik" (statement itu sangat tempting ye). Tapi pada aku yang jatuh pada kategori tak mewah, mampu ke nak memilki rumah sebegitu???

Kenapalah aku tak terpikir nak beli rumah 10 tahun lepas??? Haih.... baru nak menyesal ke??? Macam tak logik je... (10 tahun lepas dah tentu aku masih lagi terkial2 buat kiraan differential & integration yang memerlukan jawapan sampai 5 helai muka surat serta mencongak moment & beban di hujung struktur). Mana nak fikir pasal beli rumah. Ok, make the figure sense. Kenapalah aku tak terpikir nak beli rumah 5 tahun lepas??? Wah, sangat berfikiran jauh ye, kalau aku berfikiran sedemikian waktu tu. Tak de la nak pikir2 dan serabut kepala memikiorkan harga rumah yg mencanak2 naik sekarang ni.

Sudah la junn.... kalau kau terus merungut pasal harga rumah mahal dan terus melambung naik, sampai tua tak merasa duduk rumah sendiri. So, start browsing rumah2 mampu milik di luar pusat bandar atau di ceruk2 kampung. Itu yang kau mampu kan.

Wednesday, November 24, 2010

Semakin hari semakin......

Sila sambung ayat di atas. Mesti banyak jawapan kan. Semakin hari semakin gemoks, semakin hari semakin poyos, semakin hari semakin masyuukkk, semakin hari semakin lewat masuk ofis, semakin hari semakin gabas. Tak pun, semakin hari semakin sayang (eh, macam tajuk lagu pulak)

Bagi aku semakin hari semakin LUPA. Faktor apakah terjadinya penyakit itew??? Mesti nak cakap faktor usia kan. Haaa.... ngerinya mengenangkan usia baru tahun depan. Whatever..... usia sekadar angka (ayat penyedap hati sendiri).

Tahap kelupaan masih terkawal lagi, walaupun kadang terlupa public holiday; dan konfiden je nak pegi ofis di hari cuti. Apa pun, asalkan aku masih BELUM lupa nak pakai dalaman2 ke ofis, kira ok lagi la tu kan.

Penyakit lupa ni bukan aku sorang je yang alami sebab beberapa orang officemates aku pun pelupa jugak. Diorang lupa makan ubat di pagi hari agaknya, tu pasal beperangai pelik sepanjang hari (eh, apsal lari topik nih???)

Mana la aku letak spek rabun jauh? Nak tengok tv ni. Terpaksa tengok tv dalam keadaan blur2 kabur. Muka Halimah Jongang pun dah lebey kurang ngan Erra Fazira je. Haih......

Cobaan 1,2,3.....

Dah buang tebiat agaknya budak junn ni. Nak reply mesej & jawab telefon pun susah, ada hati nak berblog. Ni semua angkara penghasut2 SERAM tn dinyani dan azlin (memang nama sebenar).

Diorang ada blog, aku pun nak ada blog jugak. Aktif ke tak, atau pun tak bukak langsung (sebab terlupa password) belakang kira. Janji ada blog dan seiring dengan penghasut2 di atas.