Search This Blog

Wednesday, November 24, 2010

Semakin hari semakin......

Sila sambung ayat di atas. Mesti banyak jawapan kan. Semakin hari semakin gemoks, semakin hari semakin poyos, semakin hari semakin masyuukkk, semakin hari semakin lewat masuk ofis, semakin hari semakin gabas. Tak pun, semakin hari semakin sayang (eh, macam tajuk lagu pulak)

Bagi aku semakin hari semakin LUPA. Faktor apakah terjadinya penyakit itew??? Mesti nak cakap faktor usia kan. Haaa.... ngerinya mengenangkan usia baru tahun depan. Whatever..... usia sekadar angka (ayat penyedap hati sendiri).

Tahap kelupaan masih terkawal lagi, walaupun kadang terlupa public holiday; dan konfiden je nak pegi ofis di hari cuti. Apa pun, asalkan aku masih BELUM lupa nak pakai dalaman2 ke ofis, kira ok lagi la tu kan.

Penyakit lupa ni bukan aku sorang je yang alami sebab beberapa orang officemates aku pun pelupa jugak. Diorang lupa makan ubat di pagi hari agaknya, tu pasal beperangai pelik sepanjang hari (eh, apsal lari topik nih???)

Mana la aku letak spek rabun jauh? Nak tengok tv ni. Terpaksa tengok tv dalam keadaan blur2 kabur. Muka Halimah Jongang pun dah lebey kurang ngan Erra Fazira je. Haih......

2 comments:

  1. bukan kah pelupa itu sifat2 semula jadi Mak kan??

    Usia baru???

    Welcom to 3 series club!!!
    jeng!jeng!jeng!

    ReplyDelete